Rabu, Disember 18, 2013

Sejarah : Pengenalan Muar

PENGENALAN SEJARAH MUAR

Muar yang kini dikenali sebagai Bandar Diraja Muar pernah dikenali sebagai Bandar Maharani dan merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita keinsafan dan tauladan. (anakmuar)






Gambar Atas: Muar ketika ini (Foto oleh Anakmuar)

"Di sini bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka"

Muar pernah menjadi saksi kepada permulaan keagungan Kesultanan Melayu Melaka apabila  Parameswara Iskandar Syah memudiki Sungai Muar sebelum memerintah negeri Melaka dari tahun 1394 hingga 1414. Malah baginda juga dikatakan pernah cuba membuka kota di Muar yang dikenali sebagai Biawak Busuk dan Kota Buruk tetapi gagal.(anakmuar)






Gambar Atas: Lakaran potret dipercayai wajah Parameswara. Betul ke ini wajah beliau?

Sungai Muar juga pernah menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya.(anakmuar)



Gambar Atas: Di Stesyen Bas Ekspress & Teksi Bentayan inilah dikatakan terletaknya Kubu Pertahanan Bentayan (Foto oleh Anakmuar)

Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh). Kota Pagoh dikatakan antara kota yang menarik kerana diperbuat daripada tanah liat. Kesannya masih boleh dilihat sehingga kini walaupun telah terhakis ditelan zaman.(anakmuar)

Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira-wira Bukit Kepong mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi taruhan. Itulah Muar yang tercinta.(anakmuar)

Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Diraja atau Bandar Maharani Muar dikatakan pernah mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti:



SEJARAH NAMA MUAR

TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:
 Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.(anakmuar)

 MUAR belum bernama MUAR
 MUAR bernama TELUK DALAM

MUARA - Bahasa Melayu Sunda:
 Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"(anakmuar)

MUAK - Rupabentuk Sungai:
 Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.(anakmuar)

MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu:
 Muar ialah ringkasan daripada Bahasa Hindu "Munu" yang bermaksud Tiga dan "Ar" yang bermaksud "Sungai". Nama Muar berpunca dari nama sebuah negeri besar di Selatan India pada zaman purba yang dinamakan Muar atau Munar ('Negeri Tiga Sungai' kerana negeri ini terdiri daripada tiga batang sungai penting yang bercantum menjadi satu). Apabila orang-orang Hindu purba itu datang ke negeri ini untuk mencari emas, mereka menjumpai tiga batang sungai yang bercantum iaitu Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang seperti Sungai Muar atau Munar di negeri mereka. Lantas mereka menamakan sungai ini sebagai Muar bersempena nama Muar atau Munar di India.(anakmuar)

Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini.(anakmuar)

Antara catatan yang melakarkan coretan sejarah Muar adalah seperti berikut:






Gambar Atas: Peta lama Portugis yang menyatakan Muar sebagai Kota Ke-2 Portugis di Semenanjung Tanah Melayu selain dari kota Melaka. Ia dikatakan dibina pada tahun 1604 oleh Eredia dan berbentuk segi tiga. Persoalannya ialah dimanakah ia kini?(anakmuar)

Prapanca (1361)(Syair Nagarakertagama):
Syair terkenal Nagarakertagama - hasil tulisan Prapanca pada tahun 1361 (sami Buddha dan pendita Istana Majapahit) menceritakan Muar sebagai sebahagian jajahan takluk Majapahit oleh Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya, Gajah Mada (1350 - 1389). Kisah ini tercatat dalam majalah JMBRAS, October, 1935, Volume XIII Part 2, muka surat 15 - 16.(anakmuar)

Barros (1553):
 Barros yang menulis dalam tahun 1553 telah mengatakan bahawa Parameswara (Paramicura) yang dihalau lari dari Temasik (Singapura) setelah ia membunuh raja negeri itu, telah lari dan berhenti di Muar dan membina sebuah kota kayu di kawasan pedalaman bernama Pagoh.(anakmuar)

Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu) versi Shellabear:
 Sejarah Melayu pula menyatakan bahawa kerajaan Temasik (Singapura) dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Syah telah dikalahkan oleh Kerajaan Majapahit. Maka Sultan Iskandar Syah telah lari ke Muar dan membuka dua kawasan di tebing Sungai Muar iaitu Biawak Busuk dan membina sebuah kota yang dinamakan Kota Buruk. Selepas daripada inilah baru Sultan Iskandar Syah berpindah dan membina Melaka. Pada tahun tahun 1488, Sultan Alauddin Riayat Syah 1 telah mangkat di Pagoh , Ulu Muar dan dimakamkan   di situ.(anakmuar)

Tome Pires (Suma Oriental):
 Parameswara iaitu Raja Palembang ditonjolkan sebagai tokoh yang membuka Melaka. Sumber ini menyingkap sejarah kemunculan Parameswara sebagai raja Palembang menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill akibat menggelarkan dirinya sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.(anakmuar)

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka.(anakmuar)

Ortelius (1584)(Peta Lama):
 Peta-peta lama seperti Peta Ortelius A.D. 1584 menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar terletak ke arah Selatan Melaka.(anakmuar)

Linschoten (1595)(Peta Lama):
 Peta Linschoten A.D. 1595 pula menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar yang berhampiran dengan negeri Melaka. Jan Huyghen van Linschoten yang lahir pada 1563 merupakan Pengembara Belanda yang berlayar bersama Willem Barents hingga ke Muar. (anakmuar)

Linschoten



MUAR DAN SEJARAH KOMODITI

Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan.(anakmuar)

Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di Panchur.(anakmuar)

Di zaman kekuasaan Bugis (terkenal dengan lima bersaudara), Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Celak, Daeng Manambun dan Daeng Kenasi dikatakan telah datang ke Muar dan menetap di Liang Batu, Lenga.(anakmuar)



SULTAN MELAKA MANGKAT DI MUAR

Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar. Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi. Bagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji sejarah.(anakmuar)



'PERANG SAUDARA DI MUAR'

Pertikaian antara putera Sultan Hussein iaitu Tengku Ali dan Daeng Ibrahim menghasilkan pemerintahan wilayah Muar (yang terletak di antara Sungai Kesang dan Sungai Muar) oleh Tengku Ali pada 10 Mac 1855. Ia merupakan hasil Perjanjian Persetiaan dan Persefahaman antara Tengku Ali dan Daeng Ibrahim. Perjanjian itu mengiktiraf Tengku Ali sebagai Sultan tetapi mensyaratkan gelaran itu tidak boleh diperturunkan kepada warisnya.(anakmuar)



Gambar Atas: Lakaran wajah Daeng Ibrahim (Foto dari lain-lain sumber)

'Perang Saudara di Muar' merupakan pertikaian antara Sultan Ali dan Maharaja Abu Bakar mengenai takhta kerajaan Johor dalam tahun 1870'an. British telah menyokong Abu Bakar dan berusaha mendapatkan sokongan Penghulu di kawasan Kesang. Sultan Ali bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas pos pertahanan Abu Bakar seperti di Lenga dan Jementah. Kekalahan Sultan Ali menyebabkan daerah Kesang dimasukkan dalam wilayah pemerintah Johor seperti yang ada pada hari.(anakmuar)



Gambar Atas: Lakaran wajah Tengku Ali atau Sultan Ali menjadi Sultan Pertama dan Terakhir yang memerintah Negeri Muar (Foto dari lain-lain sumber)

SALASILAH KESULTANAN JOHOR



D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
 SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM TERKINI



Gambar atas: Foto Sultan Johor terkini iaitu DYMM Sultan Ibrahim yang sinonim dengan Kembara Mahkota Johor yang dimulai ketika baginda masih bergelar Tengku Mahkota dan diteruskan sehingga kini.



PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR

 Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh   Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.(anakmuar)

 

Gambar Atas: Gambar Maharaja Abu Bakar: Bapa Pembangunan Johor Moden – mendapat gelaran Maharaja dari Raja Victoria pada 1868. (Foto dari lain-lain sumber)

Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA sempena isteri Maharaja Abu Bakar iaitu Sultanah Fatimah. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).(anakmuar)



Gambar Atas: 'Tangga batu' merupakan Pengkalan feri Muar-Tg.Agas pada 1967 di sebelah tebing Sungai Muar Bandar Maharani. Kini ia telah tiada apabila projek Kompleks Perhentian Bas Maharani siap dibina.



Gambar Atas: Projek Kompleks Perhentian Bas Maharani yang menjadi tapak dimana pernah wujudnya 'Tangga Batu' (anakmuar)



Gambar Atas: Inilah gambar feri yang mendarat di tebing Sungai Muar di bahagian Tanjung Agas, Ledang (dulu dikenali Muar)



Gambar Atas: Klasik-Muar dilihat dari udara pada tahun 1945.

Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar (Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu Bakar).(anakmuar)



Gambar Atas: Masjid Jamek Muar - merupakan masjid pertama di Muar. Di buka sekitar tahun 1890



Gambar Atas: Wajah Masjid Jamek Muar kini (Anakmuar).



Gambar Atas: Jambatan Muar



Jambatan Sultan Ismail dibina pada tahun 1960 dan siap pada tahun 1962. Ia kemudian dirasmikan pada 15 April 1967 (Foto oleh Pang Yip Heng)



Gambar Atas: Kapal yang diberi nama Kaka milik Straits Steamship Company ini memberi perkhidmatan dari Singapore - Muar - Melaka suatu ketika dulu.

Tiada ulasan: